ZABSI lestarikan kehidupan dan alam sekitar

Berita Harian II 

Antara perkhidmatan disediakan ZABSI ialah sewaan pendingin hawa industri mudah alih.

Berpegang kepada visi untuk menjadi syarikat peneraju bertaraf dunia dalam perkhidmatan pengudaraan industri, ZABSI Industrial Ventilation Sdn Bhd (ZABSI) bukan sahaja menawarkan servis kepada pihak industri bahkan turut menyediakan pusat latihan bagi melatih tenaga kerja mahir dalam bidang itu.

ZABSI bermula dengan penubuhan ZABSI LEV & IAQ Consultant Services pada 2010 oleh pengasasnya, Mohd Zainudin A Bakar sebagai syarikat perunding bagi Perkhidmatan Pengudaraan Industri (LEV) dan Kualiti Udara Dalaman (IAQ).

Pada 20 Oktober 2015, ZABSI mengorak langkah dengan menubuhkan ZABSI Industrial Ventilation Sdn Bhd sebagai syarikat perundingan, pembekal perkhidmatan serta kontraktor untuk penyelesaian kejuruteraan bersepadu dalam bidang Sistem Pengudaraan Ekzos Tempatan (LEV) di bawah Peraturan USECHH2000 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKTA 514).

Di samping itu, ZABSI juga komited menyumbang kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) untuk industri yang berkaitan.

Antara perkhidmatan ditawarkan adalah membabitkan Industri Higien yang melibatkan Pemeriksaan Local Exhaust Ventilation (LEV), General Exhaust Ventilation (GEV), Pemantauan

Pendedahan Bahan Kimia (CHRA), Penaksiran Risiko Bahan Kimia (CRA), Penaksiran Bunyi Bising (NRA) dan Kualiti Udara Dalaman (IAQ).

ZABSI juga menawarkan khidmat perundingan, reka bentuk, pembekalan dan pemasangan yang merangkumi sistem pengudaraan setempat (LEV System), sistem pemanasan, pengudaraan dan penyejukan (HVAC System) serta sistem kawalan pencemaran udara (APCS).

Selain itu, ZABSI turut menyediakan sewaan penghawa dingin industri mudah alih (industrial portable air conditioning), pengeringan udara (dehumidifier) dan sistem penyejukan (chiller) kepada industi yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Sebagai penyedia perkhidmatan pusat latihan pula, ZABSI menerusi ZABSI Training Academy yang ditubuhkan pada 2021, menawarkan program latihan kompetensi yang diluluskan di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) seperti CIDB Green Card, LEV Compliance to USECHH2000 Regulations, LEV Technical Training dan banyak lagi.

Dengan kecemerlangan servis yang diberikan, ZABSI berjaya merekodkan peningkatan dalam jualan secara konsisten dalam tiga tahun terakhir ini, sekali gus mencatatkan pertambahan klien baharu pada setiap tahun.

Dianggarkan lebih 200 syarikat industri telah menggunakan khidmat ZABSI termasuk syarikat dalam sektor minyak dan gas, minyak sawit, automotif dan banyak lagi. Syarikat berkenaan antaranya PETRONAS, Perodua, Kualiti Alam, FGV Holdings, LYNAS dan banyak lagi.

Antara pencapaian lain ZABSI adalah mendapat pensijilan QMS ISO 9001:2015, ISO 14001:2015 dan ISO 45001:2018 daripada Platinum Shauffmantz Veritas.

Pada masa sama, ZABSI berkolaborasi

bersama pembekal barangan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa seperti Carrier Rental System (USA), Thermax Limited (India), Bry Air Malaysia Sdn Bhd (India), Donaldson Filtration (USA), Rosenberg (Jerman) dan Suvastika (India)

Dari segi perancangan masa depan, ZABSI kini dalam usaha untuk mengguna pakai teknologi berorientasikan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam servis yang ditawarkan bagi usaha melestarikan alam sekitar untuk mengurangkan kesan negatif operasi industri terhadap alam sekitar.


Article Name:ZABSI lestarikan kehidupan dan alam sekitar
Publication:Berita Harian
Start Page:15
End Page:15

Feb 26,2024